Sunday, 2 February 2014

Doa Selepas Solat (Ringkas)

Assalamualaikum W.b.t..

Saya nak share amalan doa selepas solat. Untuk amalan kita semua...

Semoga doa ini bermanfaat untuk kita semua..

insyallah...




Maksudnya :


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Saturday, 18 January 2014

Cheesekut @ crackers cream cheese

Assalamualaikum... apa khabar? 

Harini nak post resepi cheesekut @ crackers cream cheese yang senang, ringkas dan lazat... En Suami pon kate sedap... 

dah lama sebenarnya nak buat cheesekut ni.. tapi tak sempat nak buat.. hari2 duk layan karenah nizar je.. nizar skrang ni dah nak boleh berjalan.. tak larat nak kejar dah.. skrang ni pun, mengandung dah nak masuk 6 bulan.. hoho.. dah tak larat nak buat banyak benda.. 

Tp memandangkan tekak ni teringin sangat nak makan cheesekut ni... jd gagahkan diri untuk buat sendiri.. 

jom.. semak resepi dari FB Buku resepi, oleh : Nurul Akmal Derahman



 Bahan- Bahan


  • Biskut cream *crackers/biskut marry
  • Nescafe 3 in 1(bancuh dlm 1 cawan air) /susu segar
  • 250g cream cheese
  • 120g susu pekat
  • 40ml susu segar
  • Milo/serbuk koko/holick/nestum secukup nya

Cara - Cara

  1. mixer kan cream cheese, susu pekat, susu segar ketepikan
  2. celup kan biskut dlm bncuhan nescafe/susu segar (agak2 jangan terlalu lembik,jangan terlalu keras)
  3. susun biskut yg d celup ke dlm bekas, lapis dengan cream cheese yg d putar tadi, tabur milo/serbuk koko/nestum/holick secukup nya
  4. ulang step ni sampi habis, letak dlm peti 5-6 jam
  5. siap
 

Tuesday, 14 January 2014

Ulang Tahun Pertama buat Nizar Syamil

13 Januari 2014, Nizar Syamil genap 1 tahun.. alhamdulilah...

Sempena ulang tahun yang pertama ni.. ummi nizar buatkan 2 jenis kek untuk nizar iaitu kek coklat dan kek karamel... alhamdulilah.. semua dah abis.. masuk dalam perut...


Ni Gambar lepas balik dari Klinik.. kena cucuk untuk setahun... Nangis kena cucuk pun sekejap je.. nurse kate isi banyak sangat.. tak sakit la kena cucuk...

Jom tengok resepi kek. Untuk kek coklat, guna resepi dalam MyR oleh mrs dayat.. dan kek karamel guna resepi oleh azlita Masam Manis...


Death by chocolate cake

Source : MyR - mrsdayat 

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
utk ganache
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara


  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. boleh juga kukus slame lebih kurang 1 jam
ganache
  1. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  2. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup
  4. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
utk whipped cream
  1. pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  2. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  3. ambil kek yg dh disapu whipped cream td, sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit..

 lepas ni entry untuk kek karamel plak... stop dulu... sambung keje...